BiPop ---->>SELEPAS berteka-teki apabila dilihat bertandang ke mahkamah pada 24 Jun lalu, Maya Karin dan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali mengesahkan mereka berpisah pada 16 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Berita pergolakan rumah tangga pasangan ini mula tersebar sejak Februari lalu. Ia terus menjadi teka-teki selepas pasangan ini hadir ke mahkamah pada 24 Jun lalu untuk mengesahkan perkahwinan mereka yang dilangsungkan di Villa Corte de Lago, Itali pada 14 Ogos 2008.
Aktor Remy Ishak pula dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga mereka tetapi dinafikan Maya kerana pasangannya dalam teater muzikal, Natrah dan filem Cun itu tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, gosip ‘ada sesuatu’ di antara mereka terus diperkatakan sekuat penafian mereka.
aku dapat berita ni dari bipop.. 10 paling hot...
hisy.. aku pown tak tahu nak cakap ape..
asyik2 kawin cerai kawin cerai..
dah jadi trend agaknye..
diorang fikir bercerai tu elok sangat ke..
dah elok dah bila seseorang tu kawin..
tapi yang tak best nyer bila dah kawin cerai..
aduyai..
tak boleh ke kalau sebuah ikatan perkahwinan tu diselamatkan..
tulah.. sebelum memilih seseorang tu jadi pasangan hidup kita,
kita kenal dengan sedalam2 nye hati budi bakal pasangan hidup kita tu
and kalau ada masalah try to solve it no matter what la kan..
tak sayang ke ngan ikatan yang suci tu..?
perkahwinan bukan satu permainan..
but perkahwinan adalah satu ikatan yang suci yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki and seorang perempuan yang bukan muhrim..
yang perlu dipertahankan..
tapi kalau dah tersurat takdir hidup kita akan berpisah dengan pasngan kita tu, kita redha je lah..
jadikan tu sebagai pengalaman dalam hidup kita dalam memilih pasangan..
ALLAH akan temukan kita dengan orang yang salah untuk memberi kita pengalaman and untuk kita akan dapat yang terbaik pada akhirnya..
untuk mendapatkan yang sempuran mustahil lah kan coz, setiap manusia tu tak sempurna pon..
okay lah.. aku malas nak cakap bnyak..
bak kata nabil raja lawak.. lu pikir lah sendiri k..
bubye..
No comments:
Post a Comment