CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Friday, July 1, 2011

ilmuku ilmumu jua.. kerana ilmu itu datangnya dari ALLAH.

assalamualaikum.. ape khabar pembaca sekalian.. teha harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. agak lama teha menyepikan diri. bukan kerana ada musibah yang berlaku, tapi kerana tidak mempunyai kelapangan waktu untuk menulis mencurahkan rasa hati di alam maya.. aku menulis bukan kerna nama.. tapi aku menulis untuk meluahkan ape yang terpendam.. tapi semua itu terjadi dengan kehendaknya dan juga izinnya.. tapi akan kucuba untuk menulis and aku harap ada manusia di luar sana yang sudi mengambil penulisanku untuk dijadikan tatapan and juga sebgai satu ilmu yang dikongsikan.. insyaallah, jika ada ilmu baru yang ku perolehi, akan ku kongsikan kerana orang yang kedekut ilmu itu adalah orang yang rugi kerana tidak dapat menajamkan akalnya sendiri.. logiknya, jika kita ada ilmu baru and kita kongsikan pada semua orang, kita akan ulang semula ape yang terkandung dalam kotak memori kita, jadi dari situ kita akan sentiasa flash back ape yang kita tau and kita akan sentiasa ingat perkara itu kerana sentiasa ada yang bertanya kita akan ilmu itu.. tidak salah untu kita berkongsi.. diriku baru sahaja pulang dari surau taman aku kerana disurau taman perumahan tempat ku tinggal ada diadakan kursus pengurusan jenazah.. alhamduliilah.. akhirnya ada sedikit ilmu aku tentang pengurusan jenazah ni kan.. sbb tadi, usatzah kata mempelajari ilmu pengurusan jenazah ini adalah fardu ain manakala perlaksanaannya adalah fardu kifayah.. dari situ kita kena fahami antara maksud mempelajari dan juga melaksanakan.. kerana itu adalah dua perkara yang berbeza..so, ustazah tu ajar kami dari cara nak potong kain kafan, sehinggalah jenazah itu dimandikan dan akhirnya dikafankan sebelum disembahyangkan dah juga ditanam..

     sejak akhir2 ni macam2 perkara berlaku dalam hidupku yang mematangkan aku and memberi aku makna kehidupanku.. aku belajar dari pengalaman yang aku lalui untuk aku jadi lebih matang.. aku sudah pun memutuskan hubungan aku dengan si dia  atas sebab2 tertentu yang aku rasa biarlah aku yang mengetahuinya kerana aku xnak menceritakan perihal orang lain.. biarlah.. aku pasti akan ada hikmah disebalik semua ni.. dan, selepas aku memutuskan hubungan aku dengan dia, ada seorang lelaki yang menghulurkan sygnya padaku... aku sudah kenal dia.. dan aku sambut huluran kasihnya, kerana aku tak nak menghukum orang lain disebabkan kesalahan lelaki lain.. kerana aku layak menerima kebahagiaan.. aku bukan mendendami kaum adam atas kesilapan bekas pakwe ku.. aku terima semua ni sebagai takdir tuhan..sentiasa aku mohon kepada tuhan, kalau betul dia jodohku, maka kau dekatkanlah, jika bukan jodohku maka kau jauhkanlah.. aku akan kuat menghadapinya...insyaallah.. sebab umi aku ajar, kalau ada mslh mengadulah pada yang atas.. ok lah sahabat semua.. mata ku sudah ingin melaburkan tirainya.. setelah seharian penat bekerja.. insyaallah, kalau ada jodoh, kita akan jumpa di lain entry k.. assalamualaikum dan selamat malam semua. PEACE NO WAR..

p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

No comments:

Post a Comment

 
Ini blog teha_aziz. Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa. Jika suka sila credit ke teha_aziz