CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Friday, March 25, 2011

riang ria raya bersama kekasih hati..

hehe.. saja je nak upload gambar.. tak ada keje kan tengah malam ni...
sayang sungguh adik aku ni pada kakak nya..

posing ramai2 masa raya haji baru ni.. hehe..

di tepi pantai yang indah...

bersama adik aku yang dah semakin tembam and bulat..

makcik kesayangan ku...

bersama sepupu2 ku di kampung kat tepi pantai..

sape lagi kalau bukan my boyfriend...

my abi and my umi... mmmmwwaaahhhxx.

p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

salam tengah malam

di kala sepi ini...
hati ku terluka lagi..
huhu.. sedihnya malam ni..
teha tak dapat nak melelapkan mata..
hati pun tak tenang..
ape nak buat ni..
nak online, dah boring dah..
nak tido, dah puas tido dah..
aduyai...
so, teha pun mula lah nak menconteng di diari maya teha ni..
dah bersawang dah.. sebab dah lama angat tak update..
lepas tu hari tu diuatnya blog teha merajuk kot..
teha buka2, tak boleh pulak dah..
merajuk la tu sebab dah lama sangat tak update.. hehe..
sorry lah kawan2..
teha sibuk  sikit la minggu ni..
banyak sangat benda yang nak disiapkan, yang nak disempurnakan...
tak pelah.. bila bergelar pelajar ni, macam2 aktiviti..
nanti bila dah kerja pula, sibuk dengan kerja2 di office..
kalau kita nak berjaya and nak hidup senang pada masa hadapan kenalah kita bersusah2 dulu sekarang dalam menimba ilmu pengetahuan..
itu semua pun untuk masa depan kita juga..
kita belajar bukan nya lama mana pun.. just 3 tahun je.. pas tu dah boleh keje.. kan dah senang lepas tu..
kalau tak bersusah payah dulu sekarang, macamn ne nak hidup senang pada masa akan datang kan..
so, setiap yang datang pada kita, kita tetap kena berhadapan dengan semua itu..
kalau kita tak nak berhadapan dengan semua tu, kita seorang yang pengecut and orang yang tak nak berjaya dalam kehidupan dia..
so, sampai disini je tazkirah sedikit untuk malam ni..
renung-renungkan and selamat beramal..
assalamualaikum..
senyuman manis dari sang penulis.. hehe.. manis tak? lau tak manis p lah tambah gula..

p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

Monday, March 14, 2011

andai awak tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.










p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

Friday, March 11, 2011

APA KATA CINTA?

Assalamualaikum w.b.t.
jawab jangan tak jawab tau.. jawab penuh tau..
hehe.. kalau tak jawab berdosa tau...
hai hai hai.. korang semua ape khabar yer?
sihat kerrrr? hope sihat lah yer kalian semua...
hari ni, jam ini, detik ini, tika ini, saat ini.. teha nak menulis and melibatkan diri dalam satu segemen yang dianjurkan oleh pilihan hati..
tajuk segmen dia APA KATA CINTA?
kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh klik kat link yang diberi okay..
tak nak membebel lebih lebih, tak nak berceloteh pnjang... okay straight to the point je lah k..
apa kata teha tentang cinta eak?
bagi teha cinta ni dapat memberi kita pelbagai rasa...
ada rasa bahagia, ada rasa indah, sedih, gembira, susah senang and macam2 lagi..
untuk percintaan yang kekal lama, kita mestilah ada sikap bertolak ansur, sayang menyayangi, saling memahami, dapat susah senang bersama, dapat menerima pasangan dengan seadanya.. tidak memandang pada harta dan rupa.. teha bukan nak berlagak atau apa, tapi teha bersyukur kerana hubungan teha dengan pasangan teha sudah mencecah usia 2 tahun 1 bulan 10 hari.. teha akui teha tak sempurna, tapi ketidaksempurnaan teha, di sempurnakan oleh pasangan teha.. dan begitulah sebaliknya.. kita ditakdirkan berpasangan.. mungkin ada timbul persoalan bagi seseorang yang tidak mempunyai pasangan, tidak terciptakah seseorang buat diriku?.. jangan bersedih... bukan tidak tercipta, tapi belum masanya... kita bukan hidup di dunia sahaja, tapi yang kekal diakhirat sana.. mungkin kalau tidak bertemu didunia, akan bertemu diakhirat kelak kerana setiap doa manusia akan dimakbulkan cuma cepat atau lambat sahaja...
cinta akan mengajar kita erti kesetiaan, kejujuran, erti tanggungjawab. dan cinta akan mengajar kita siapa kita sebenarnya... semua itu penting dalam mempertahankan sebuah perhubungan samada hubungan percintaan ataupun hubungan suami isteri.. semua itu sangat penting..cinta dapat memberi kita rasa bagaimana itu rindu, sayang dan juga rasa dihargai.. cinta ada banyak cabang.. cinta kepada tuhan, cinta kepada rasul and nabi, cinta kepada kedua ibu bapa and keluarga, cinta kepada pasangan.. and banyak lagi.. bergantung kepada seseorang untuk melihat cinta itu dari aspek yang bagaimana...kadang cinta itu membuat manusia itu buta.. and ada juga cinta yang membuatkan seseorang itu tak kenal kawan, lupa kawan, bergaduh dengan kawan kerana cinta.. pelik kan..? betapa bodohnya manusia yang begitu.. teha banyak jumpa member yang begitu kerana teha juga pernah menjadi mangsa orang yang begitu.. sedih kan..?
tapi takpe.. bukan dia seorang je kawan teha.. ramai lagi kan.. cinta boleh dicari,tapi kawan juga penting.. kalau kita tak ada kawan, kan ke susah.. so, seimbangkan antara cinta dan kawan.. cinta kepada kedua ibu bapa pun jangan lupa yer.. kerana itu yang utama.. ada orang bercinta sampai lupa mak bapak.. jangan jadi begitu ye adik2.. kerana teha pernah juga dulu jadi begitu, tapi sekarang dah jadi budak baik dah... hehe.. malu pulak.. eh eh.. teha tak nak membebel panjang.. karang ada pulak yang tak larat nak baca... haha..
sekarang teha nak tag dua orang..
orang yang pertama ialah...
jeng jeng jeng...
                                                     http://wyna95nubies.blogspot.com/
orang kedua pula ialah... jong jong jong
                                                       aku bercanda didiari maya
okay.. dah tag dah...
bye bye bye

p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

Thursday, March 3, 2011

rasa nak makan orang..

assalamualaikum semua.. ape khabar pembaca and pelawat setia blog teha..?
teha harap semua nya sihat2 belaka..
teha tak ada ape nak membebel sebenarnya hari ni..
jadi teha nak mengamuk pulak hari ni..
hehe.. tak adalah..
teha tak tahu kenapa teha rasa nak marah orang je semenjak dua menjak ni.. and yang jadi mn\angsa nya adalah orang tu..
kesian dia.. tapi nak buat macam mana kan..
hehe..
teha rasa hari ni teha nak makan orang.. sebab hari ni tak makan nasi.. jadi makan orang kenyang cikit kan..hehe
teha melawak je..
sebenarnya teha hari ni nak bagi tips macam ne nak tenangkan hati yang tengah gundah gulana, tengah sedih, tengah marah..and macam2 tengah lagi lah..
ni cara yang teha buat sendiri.. kalau korang nak ikut or amalkan, korang ikutlah.. kalau tak nak ikut and amalkan, just abaikan je meseg ni k..
teha bukan someone yang pandai dalam bab agama ni.. and teha juga bukan seorang yang layak untuk bercakap mengenai agama ni dengan kawan2 semua kerana teha tak pakar dalam bidang tu.. tapi teha sebagai seorang muslimah haruslah mempunyai serba sedikit tentang pengetahauan agama..
tips untuk menenangkan hati.. yang pertamanya, baca qur`an.. dengan ayat2 suci al- qur`an selalunya hati kita akan jadi tenang je... kerana ayat al-qur`an ni ada kuasa yang tersendiri yang mana kita tak nampak..
yang keduanya, ambil wuduk.. kerana bila anggota badan kita dibasahkan dengan air wuduk, hati kita akan jadi tenang..
bila kita marahkan seseorang, and pada ketika kita tengah marahkan orang tu kita berdiri hendaklah kita duduk, and kalau kita duduk hendaklah kita baring.. and kalau tak redha juga, pergilah tenangkan hati dengan solat..
and selain itu, nak tenangkan hati, kita juga boleh melihat, keindahan alam ciptaan ALLAH.. and dengan mengagumi kekuasaan yang maha besar, hati kita akan menjadi tenang..
itulah serba sedikit tips untuk menenangkan hati yang dapat teha kongsi.. kalau ada sesiapa yang nak menambah, boleh lah tambah ye.. sekadar berkongsi ilmu didada.. tidak salah rasanya kan..
okaylah semua.. bye bye..

p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

 
Ini blog teha_aziz. Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa. Jika suka sila credit ke teha_aziz