CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Thursday, February 24, 2011

dimana anak mu wahai makcik?..

disaat aku sedang duduk berehat di fakulti aku.. aku terlihatkan seorang makcik tua yang sangat uzur.. yang berjalannya sudah terbongkok-bongkok.. yang kudratnya sudah tidak lagi sekuat usia muda.. yang kulitnya sudah pun berkedut seribu... yang berjalannya agak perlahan kalau nak dibandingkan dengan kita yang usia muda ni.. tiba2 melihatkan makcik itu, fikiran aku menerawang kepada kedua orang tua aku di kampung.. tetapi.. ibu bapaku tidak lah tua seperti makcik tadi... aku kesian melihat makcik itu.. yang sepatutnya pada usia sebegitu, sepatutnya duduk dirumah merehatkan diri melayan suami.. tetapi, dalam keadaan yang sudah tua, masih lagi mencari rezeki untuk sesuap nasi sebagai makcik tukang sapu di tempat aku menuntut sekarang.. hati aku dipagut rasa sayu melihatkan makcik itu.. mana anak2 makcik tu.. kenapa mereka biarkan emak mereka bekerja dalam keadaan yang sudah terlalu uzur? bukan hanya menjadi tukang sapu, tapi dia juga mengutip tin2 kosong untuk dijual untuk menambah duit poket.. kesiaanya.. begitu susah mencari sesuap nasi kan.. aku tekad, aku berazam.. aku takkan biarkan mak ayah aku bekerja lagi bila aku and adik beradik aku sudah bekerja and sudah boleh menyara ibu bapaku sepertimana mereka menyara kami adik beradik..
akan aku biarkan mereka berehat and menikmati hari tua mereka setelah mereka menghabiskan masa muda dengan membanting tulang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah, tanpa mengenal siang dan malam hanya untuk menyara kami adik beradik.. aku seperti dapat merasakan betapa susahnya kedua ibu bapaku untuk mencari duit untuk menyekolahkan kami adik beradik agar suatu hari nanti kami menjadi orang yang berjaya..
akanku balas segala jasa mereka.. tapi kenapa ada anak2 yang sanggup and tega mengahantar kedua ibu bapa mereka ke rumah2 orang tua?.. tak kesian kah mereka denga kedua ibu bapa mereka.. korang fikirkanlah and renungkanlah.. disaat aku menulis tentang ini, aku menangis kerana hati aku terlalu rindukan kedua ibu bapaku di kampung and betapa aku tersangat ingin membalas jasa mereka.. aku harap mereka sentiasa sihat and dipanjangkan umur.. amin..

p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

No comments:

Post a Comment

 
Ini blog teha_aziz. Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa. Jika suka sila credit ke teha_aziz