ape khabar semua.. sejak akhir2 ni, teha kekurangan masa lah nak update blog.. kerana bebanan tugas yang semakin bertambah...
ingat bila perempuan datang bulan je ke emosi tak stabil..? no no no..
kadang-kadang bila seseorang itu dibebani dengan masalah besar, ramai yang mengalami ketidakstabilan emosi..
ini adalah kerana fikiran nya terlalu terbeban dengan masalah yang melanda..
lagi-lagi apabila, kita tengah ada masalah yang berbakul2 tu pas tu ada pula yang tambah lagi masalah kita..
lagi lah kita akan rasa nak marah, sedih sebab tak ada sorang pun yang paham kita.. nak tambah masalah lagi adalah..
bila teha ada dalam situasi mcm tu, teha akan jadi tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa sebab fikiran teha akan sentiasa berfikir mcm ne nak selesaikan masalah tu.. bila tak dapat and teha tak dapat fikir cara penyelesaian, teha akan menangis nak lepaskan sikit beban yang teha rasa sekarang...
teha tak suka share dengan orang sebab teha ni jenis yang tak suka nak bebankan orang lain...melainkan kalau orang tu pandai pujuk teha untuk share maslah tu. mengada-ngada kan aku?.. bukan mengada2 okay.. just tak nak bebankan orang lain... selalunya teha akan cerita dengan diari teha bila teha ada masalah.. bila teha nak lagi tenang, teha akan baca al-qur`an.. seseorang selalu berkata pada saya, pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. just doa pada allah selepas segala usaha kita tak berhasil.. sekurang2 nya kita dah berusaha kan.... yakin pada ALLAH, pasti hidup kita akan lebih tenang..
and satu peringatan teha, jangan lupakan ALLAH bila kita senang, and jangan cari ALLAH bila kita susah je..ingat tu ye kengkawan....
betol betol betol
ReplyDeleteorg ingat tuhan bila susah aje..