CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Wednesday, November 2, 2011

menghilangkan diri

assalamualaikum.. hye pembaca blog ku sekalian..
lama bangat kan tak nampak teha berkeliaran dalam dunia blog ni...
bukan ape... teha dah kekurangan masa untuk mengupdate blog..
dah berapa bulan teha menyepikan diri dari menulis something kat blog ni...
maaf ye kalian2 and sayang2 ku semua...
minggu depan dah start cuti pertengahan semester untuk students uitm... sekali dengan umat islam akan menyambut hari raya aidil adha pada minggu depan...
seronok nye lah kan... nak tau tak, mnggu ni, mood teha nak ke kelas agak kureng sikit lah.. sbb mood cuti tu dah berlegar2 dalam pikiran ku saat ni...
tapi teha balik 5 hari bulan november... esoknye nak raya baru teha smpai umah.. huhu.. agak sedih jgak lah.. lau tak teha nak balik ari jumaat, tp nak buat mcm ne, tiket habis... tapi takpe.. asalkan teha dpt jgak pulang ke rumah... doakan teha selamat pergi dan selamat balik k kwn2 semua..

sejak beberapa bulan teha tak mengupdate blog teha ni, banyak sgt perkara2 yang berlaku... smpai tak terkira lah.. kat berita, mcm2 kita dengar kan... isk isk isk... tapi teha tak nak cerita pasal tu, sbb teha tau, korang mesti alert kan ngan isu2 semasa ni.. minggu sebelum cuti ni adalah minggu yang agak stress jgak lah... sebab banyak sgt test yang kiteorang kena hadap nak tak nak kan... nak tak nak tp still kena buat jgak.. lau tak buat mcm ne nak success dalam hidup lah kan.. teha tak nak jgak ckp sal tu.. korang mesti tau ape yang perlu and ape yang tak perlu untuk buat kita sucess dalam hidup..

dalam minggu lepas teha ade menghadirkan diri ke ceramah motivasi.. tajuk dia mengatasi stress... sgt memotivasikan aku.. aku dengan  rela hati pergi ke majlis tu, then aku rasa sgt berpuas hati sbb ianya banyak memberi aku pengetahuan yang aku rasa berguna kepada aku sebagai seorang pelajar..
as we know, students always complaint about their student`s life that is very stressfull.. satu kata2 yang aku pegang dri ceramah motivasi tu, stress tu datang dari diri sendiri.. kalau diri kita sendiri anggap sesuatu masalah itu adalah stress bg kita, maka stress lah ia.. sebab setiap manusia akan sentiasa mendapat ujian dalam hidup dari ALLAH SWT. cuma bergantung kepada seseorang individu itu untuk mengatasinya bagaimana.. jika dpt diatasi dengan baik, maka ianya takkan menjaadi stress bagi kita kan.. pikir2kanlah.. renung2 kan.. muhasabah diri kita di pagi hari ni.. banyak cara untuk mengatasi hati yang tidak tenang, yang jiwanya stress.. banyakkan berdoa kepada ALLAH  agar ditenangkan hati.. banyakkan berzikir YA LATIFF agar hati kita tenang.. baca quran... banyak sebenarnya.. bergantung kepada agama masing2... kok lah.. teha tak nak berceloteh panjang2.. sebab teha dalam kelas ni.. nak smbung belajar.. bye2 smeua... assalamualaikum...                         

p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

Wednesday, September 14, 2011

isnin yang memenatkan, selasa yang meletihkan and rabu yang sempoi..

assalamualaikum... hye kengkawan teha semua.. ape khabar..
huh, penat giler teha these three days, yelah.. baru start kuliah.. letih woooo..
isnin tu, teha g apply kolej, and sadly, x boleh mohon.. kena apply through ukk(unit kemudahan kolej)
kalau nak tunggu unit kemudahan kolej, memang lambat lah jawapannya kan.. teha and kawan2 teha hampir putus asa.. but, teha still kuatkan semangat.. and the next day, selasa, teha pergi lagi..the same thing happened..
teha risau sbb tak tahu nak duduk mana.. dah lah menumpang umah kawan.. tak sedap pulak rasa nak menumpang umah member lama2 kan.. so, teha pun menghabiskan berjam2 lamanya di library and teha online untuk search for bilik untuk disewa.. and akhirnya teha dpt satu.. tapi hati teha still mengharapkan pada kolej.
sebab, ada sorang saudara teha yang kerja dalam unit kemudahan kolej dah tolong teha sbb dia dah bagi nama teha untuk dimasukkan dalam rayuan permohonan kolej.. but she also not sure samada teha dapat atau tidak.. dia kata kalau dapat dia akan call teha.. tapi tu pun belum tentu dapat lagi kan.. jawapan akan tau after 16 september.. sedihnya rasa.. sedih sgt.. tp tak pelah, teha dah pun dapat bilik untuk disewa.. alhamdulillah.. kalau dikatakan teha dapat kolej, teha keluarlah dari umah tu.. penat nye rasa.. and today, rabu, teha dah start masuk kelas.. and it was a little funny thing lah for me, because the students dalam kelas tu cuma sepuluh orang je.. and sorang je lelaki.. huhuhu.. but it`s ok lah... i want to do well in this semester... dah tak nak main2 dah.. kejap lagi ada kelas pukul 2 until 4 pm.. nak tgk plak kelas nanti mcm ne budak2nye.. hehe.. k lah kengkwn... bye2.. assalamualikum..

p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

Tuesday, August 16, 2011

hidup makin bahgia

assalamualaikum semua.
ape khabar pembaca sekalian..
okay lah hari ni teha update blog teha..
sbb dah ada yang bertanyakan kenapa dah lama tak update..
alhamdulillah.. kiranya ada jgak lah yang sudi mengikuti perkembangan blog teha yang tak seberapa ni..
bukan teha sibuk.. tapi massa teha banyak diisi bersama keluarga.. sebab bukan selalu teha dapat bersama family.. yelah.. pagi2 bangun je dr tido, teha tolong mak kemas umah.. yelah.. mana sampai hati teha nak tgk mak buat keje sorang2 kan.. pas tu teha tolong ayah pulak.. and malam pulak teha ke masjid sbb terawih.. yelah, terawih setahun sebulan je.. teha tak nak lepas kan peluang..balik2 je, dah pukul sebelas.. ape lagi.. time to sleep lah.. hehe..
kawan2..
bulan puasa ni, banyak2 kan lah buat amalan. buat lah amalan ibarat kita dah takkan jumpa lagi ramadhan akan datang.. yelah, kita tau hidup kita lama mana.. mana tau esok kita mati.. kita kena ingat semua tu.. bila kita ingat yang kita akan mati, tentu kita takut nak buat jahat kan.. huhu..
teha takut sangat bila baca sesuatu yang di post kan oleh kwn teha kat group kiteorang kat facebook.
lebih kurang mcm ni lah ape yang teha baca..

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
tu lah yang teha baca.. yang mmbuatkan teha menangis.. teha takut sangat.. 2012 tu dah tak lama.. tapi tak tahu lah perkara tu betul atau tidak.. tapi kita kena sentiasa ingatkan diri kita, bahawa hidup ni tak kekal.. ingat ye kawan2.. teha jadi takut sangat..
okay.. kali ni masuk tentang kehidupan peribadi teha.. teha sudah pun mempunyai seorang lelaki yang boleh terima teha ape adanya.. alhamdulilah kami merancang akan berkahwin selepas teha habis belajar.. doakan kebahagiaan teha ye kwn2.. opps.. jangan salah sngka ye.. teha bukan dengan lelaki yang teha citer dulu.. yang tu dah putus dah.. tak de jodoh. maybe.. biar lah teha pendam ape yang pernah berlaku antara kami dulu.. tak baik kan buka aib orang.. tapi ape yang teha dapat, dia buruk2 kan teha pada kwn2 dia. seolah2 teha yang salah dalam hubungan kami dulu.. teha diam je.. biarlah.. diam bukan bererti kalah.. setiap hari teha berdoa pada tuhan, ya allah, kau buangkan lah semua yang berkaitan dengan dia dari ingatan aku.. agar aku bangun pagi esok, bila orang bercakap tentang dia, aku tak ingat langsung.. aku menderita ya allah semasa bersama dengan dia.. menderita.. mak ayah aku menangis.. aku menyesal ya allah.. baru teha tersedar, ALLAH akan pertemukan kita dengan orang yang salah sekarang untuk kita mndapat yang lebih baik pada masa akan datang. alhamdulillah.. teha jumpa ngan lelaki yang lebih baik selepas dia.. ramai yang bersimpati apabila teha citer ape yang berlaku antara kami kepada kwn2 teha.. bukan simpati yang teha harapkan.. cuma teha harap. kwn2 teha ambil iktibar atas ape yang teha pnh lalui.. alhamdulillah.. bahagia itu milik teha.. insyaALLAH.. korang mesti nak kenal sape lelaki yang berjaya memikat hati teha dengan sifat dia yang teha rasa layak untuk jadi pemimpin pada teha and bakal anak2 teha... nanti teha letak gmbr dia k pada post yang akan datang.. ingat lah kwn2, rebutlah pahala yang berlipat kali ganda dalam bulan ramadhan ni...jangan lepaskan nya.. and kwn2, ingat, pada bulan yang mulia ni, allah tak akan menolak doa hambanya.. so, berdoalah moga kita berada dalam lindungan nya, dan dalam kasih sayangnya.. moga diampunkan dosa kita yang lepas2.. insyaALLAH...









p/s* jangan copy okei..kalau nak minta izin atau credit to me first,then haruslah like

 
Ini blog teha_aziz. Jangan Copy Cat kerana anda mungkin didakwa. Jika suka sila credit ke teha_aziz